Monday, July 20, 2009

Tuanku Siti Aisyah pencetus fenomena


Rasa teringin mencoret blog berkaitan Permaisuri Siti Aisyah lantaran terbaca blog berkenaan kerabat - kerabat diraja Malaysia. Pasti ramai yang masih mengingati Tuanku Siti Aisyah, Raja Permaisuri Agong Ke 11.

Baginda hampir tercatat di dalam Guiness Book Of Record sebagai menjadi Permaisuri negara termuda di dunia ketika ditabal namun posisi itu telah dimiliki oleh Permaisuri Rania dari Jordan yang hanya muda setahun dari baginda.

Baginda bukan berasal dari keturunan darah diraja.Baginda berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor pada usia 19 tahun. Menjadi Raja Permaisuri termuda negara bukan sahaja membuatkan baginda begitu popular malah permaisuri yang berwajah manis ini merupakan Raja Permaisuri Agong yang pertama mengenakan tudung walaupun ketika mengenakan Gendik Diraja ataupun mahkota diraja yang merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Baginda menunjukkan bahawa walaupun status baginda sebagi permaisuri yang pada sesetengah acara memerlukan baginda mengenakan tiara kebesaran negara tidak sedikit pun tudung tersebut mengganggu pemakaian tiara baginda. Malah Baginda kelihatan cukup anggun mengenakan tiara kebesaran negara tersebut dengan bertudung.

Mungkin ramai yang tidak sedar, pemakaian tudung oleh baginda mencetuskan satu fenomena dalam ahli kerabat diraja negara mahupun negara serumpun. Mungkin secara kebetulan atau tidak saya tidak dapat memastikannya, namun apabila dilihat, sejurus ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Agong, terdapat beberapa kerabat diraja negara yang turut mengikuti langkah baginda. Antaranya ialah Permaisuri Nur Zahirah , Sultanah Terengganu, dan kini merupakan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, KDYTM Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, Tunku Puan Pahang malah Permaisuri Negara Brunei Darussalam KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajjah Saleha juga mengenakan tudung ketika mengenakan tiara.

Saya melihat ini sebagai satu tanda yang baik lantaran Malaysia khususnya merupakan sebuah negara Islam yang dapat memberikan contoh bahawasanya pemimpin tertinggi negara juga boleh menunjukkan imej Islam walaupun dalam dunia yang serba moden ini.

Mari kita lihat potret - potret kerabat diraja yang sebelumnya tidak bertudung dan kini bertudung.







Potret Duli Yang Teramat Mulia Tunku Azizah Maimunah Iskandariah








Gambar dibawah yang pertama menunjukkan potret
permaisuri Brunei Darussalam
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI
PENGIRAN ANAK HAJJAH SALEHA IBNI PENGIRAN HAJI MOHAMED ALAM
gambar yang kedua menunjukkan baginda bertudung sambil mengenakan tiara. Turut kelihatan
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASANAL BOLKIAH MUIZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN SAADUL KHAIRI WADDIEN Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam (tengah) dan DULI YANG TERAMAT MULIA PENGIRAN ISTERI AZRINAZ MAZHAR HAKIM (kanan)





Tidak dilupakan Potret
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah









1 comment:

  1. SAYA ADA MENULIS ARTIKEL TENTANG YANG AMAT MULIA PERMAISURI SITI AISHAH..SILALAH KE BLOG SAYA..SALAM ZIARAH

    ReplyDelete