Wednesday, September 2, 2009

Cukup Indonesia!!! Hentikan penghinaan terhadap Malaysia!! Ungkap sejarah sebelum bicara!!!

Kebelakangan ini kita sering melihat media Indonesia mengapi - apikan semangat anti-Malaysia sehinggakan sebuah universiti di Indonesia menarik balik mengambilan pelajar dari Malaysia untuk menuntut di negaranya. Namun ramaikah rakyat Malaysia yang tahu akan hal ini semua?


Pasti ramai yang tidak jelas mengapa ini terjadi. Saya akan mengupas isu lain yang dibangkitkan pada artikel yang lain. Pada tulisan saya kali ini, saya akan mengupas isu lagu Terang Bulan yang dituntut oleh Indonesia pada Malaysia.


Indonesia telah mendakwa lagu Terang Bulan adalah ciptaan Saiful Bachari pada tahun 1956. Lagu tersebut telah diterbitkan dalam bentuk piring hitam pada tahun 1965. Justeru, Indonesia telah menuntut hak ke atas lagu tersebut atas dasar lagu itu milik Indonesia dan Malaysia kononnya sewenang-wenang mengambil lagu tersebut menjadi lagu Kebangsaan.


Mari sini, kita ungkap sebenarnya sejarah lagu Terang Bulan. Lagu terang bulan adalah sebuah lagu ciptaan Piere-Jean De Beranger dan merupakan sebuah lagu hiburan yang sangat popular di kepulauan Seychelles. Dari sinilah pedagang membawa lagu ini ke kepulauan nusantara termasuk di ke Tanah Melayu, Kepulauan Jawa dan pendek kata hampir seluruh nusantara. Lagu ini dinyanyikan sebagai hiburan di pesta dan keramaian dengan nada keroncong baik di tanah seberang (kini Indonesia) mahupun di tanah Melayu (kini Malaysia). Lagu ini turut popular dikalangan kerabat diraja termasuk kerabat diraja Perak.


Pada tahun 1901, Sultan Perak Sultan Idris Murshidul’adzam Shah telah berkenan berangkat ke England sebagai wakil Raja-Raja Melayu untuk menghadiri pertabalan King Edward VII. Kebiasaan yang masih diamalkan sehingga kini di semua negara, setiap pemimpin negara akan diberikan Sambutan Negara semasa ketibaan yang mana Lagu Kebesaran akan dimainkan semasa ketibaan oleh pasukan pancaragam tentera atau pancaragan diraja. Setibanya di dermaga sambutan, pegawai pancaragam telah menemui wakil baginda dan bertanyakan adakah rombongan baginda membawa not lagu kebesaran untuk dimainkan. Perak pada ketika itu belum mempunyai lagu kebangsaan. Untuk tidak kelihatan ketinggalan, wakil baginda, Raja Harun yang juga merupakan seorang ahli muzik merangkap setiausaha sulit sultan menyatakan rombongan baginda terlupa membawa not muzik tersebut. Lantas baginda menyatakan baginda boleh memainkan lagu tersebut tanpa not. Pegawai pancaragam tersebut bersetuju. Lagu yang dimainkan oleh baginda ialah lagu Terang Bulan. Maka pertama kalilah lagu tersebut dikumandangkan sebagai Lagu Kebangsaan Perak di Tanah Inggeris dan sekembalinya baginda ke Perak, lagu tersebut telah dijadikan lagu kebangsaan dengan liriknya ditukar. Berikut Merupakan lirik asal lagu terang bulan dan setelah di ubah menjadi Lagu Kebangsaan Perak


Lagu : Terang Bulan

Terang bulan,

Terang bulan di kali,

Buaya timbul disangkalah mati,

Jangan percaya mulut lah lelaki,

Berani sumpah tapi takut mati.


Lagu : Lagu Kebangsaan Perak

dilanjutkan Allah usianya Sultan

adil dan murah memerintah watan

ditaati rakyat kiri dan kanan

iman yang soleh Allah kurniakan

Allah berkati Perak Darul Ridzuan

Allah selamatkan negeri dan Sultan


Pada tahun 1956, sejajar dengan Kemerdekaan Malaya pada 1957, pemilihan telah dibuat untuk memilih lagu Kebangsaan negara. sebanyak 514 lagu telah diperdengarkan malah pencipta lagu terkenal dunia iaitu Benjamin Britten, Sir William Walton, Carlo Menetti dan Zubir Said turut mengubah lagu kebangsaan. Namun Tunku Abdul Rahman masih tidak berpuas hati dan meminta lagu - lagu kebesaran negeri - negeri Malaya dimainkan. Tunku merasakan lagu kebesaran Perak adalah sesuai dan maka dengan itu lagu kebesaran Perak pun diangkat menjadi Lagu Kebangsaan Negara dengan judul Negaraku dan liriknya digubah semula.


Lagu Kebangsaan Malaysia : Negaraku

negaraku

tanah tumpahnya darahku

rakyat hidup bersatu dan maju

rahmat bahagia tuhan kurniakan

raja kita selamat bertakhta

rahmat bahagia tuhan kurniakan

raja kita selamat bertakhta


Kontroversi akibat ketidakfahaman ini bukan baru. Sedikit masa dahulu lagu negaraku dikatan diciplak dari lagu Mamula Moon nyanyian Felix Mendelssohn. Lagu itu adalah sebenarnya lagu ciptaan Piere-Jean de Beranger. Kekeliruan ini terjadi disebabkan ketidakfahaman sejarah. kerajaan Malaysia sendiri menyatakan lagu Negaraku alah ciptaan Piere-Jean de Beranger. Kekeliruan ini akhirnya reda.


Namun akhir-akhir ini, ditambah lagi dengan isu-isu lain, Indonesia pula menyatakan lagu Terang Bulan itu adalah ciptaan Saiful Bachari. Saya sungguh hairan, kalau ianya dicipta pada tahun 1956 seperti yang didakwa, mengapa lagu itu sudah begitu popular sebelum abad ke 20 di kepulauan Mahe? Jika ia diciptakan pada 1956 mengapa lagu ini sudah sangat terkenal di pesta-pesta dan keramaian sekitar 1920an - 1930an?


Isu ini menjadi semakin parah sekarang dengan sentiman anti-malaysia semakin membuak-buak dengan penganjuran beberapa demonstrasi jalanan dihadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta sambil membakar Jalur Gemilang. Perbuatan yang sungguh tragis bagi rakyat Malaysia dikala Malaysia baru beberapa hari menyambut hari kemerdekaan yang ke -52.


Tuduhan Malaysia sebagai " Malingsial " menjadi hangat dan penuh membuak- buak. Apatah lagi kes penderaan pekerja asing Indonesia di Malaysia. Namun kita tertanya - tanya, mengapa media tidak menunjukkan tentang warga Indonesia yang hidup senang di Malaysia dan mampu menjalankan perniagaan sendiri di Malaysia? kebiasaan media, benda yang baik tidak membawa untung, benda yang buruk mampu menarik perhatian.


kerajaan Malaysia dikatakan jahat , kejam, pencuri dan sebagainya dan dikatakan mendesak-desak kerajaan Indonesia. Tetapi tuduhan itu sangat tidak berasas. Walau panji kebangsaan Malaysia dibakar, negaranya dihina tetap juga pemimpin Malaysia berlembut dan bersabar. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak masih mampu memberikan komen positif dan tidak menyalahkan Pemerintah Indonesia. Kalau Malaysia ini dikatakan kejam, sudah pasti tindakan yang lebih drastik akan dilakukan tetapi Malaysia tetap mengamalkan diplomasi dan mementingkan hubungan baik dengan negara jiran tetangga lebih-lebih lagi menjaga hubungan negara Islam.

No comments:

Post a Comment